MAHALNYA NILAI WAKTU

"Sahabat, Banyakkanlah membaca Al-Quran. Janganlah terlalu memikirkan waktu kita yang sibuk. Sesungguhnya, bukan kita yang atur waktu, tapi Allah"

Friday, 6 November 2015

ADAB BERMAIN

ADAB BERMAIN

Leka saya melihat anak-anak berkejar-kejaran di taman permainan yang kebetulan di belakang rumah saya. Sebahagian mereka bermain buaian dan jongkang- jongket dengan begitu gembira.Teringat saya zaman ketika saya seusia mereka.Rasanya hidup begitu indah tanpa sebarang masalah.Lamunan saya terhenti tatkala terdengar jeritan dari beberapa kanak-kanak yang mula bertengkar sesama sendiri sebelum dileraikan oleh seorang ibu yang berada ditempat yang sama.Mungkin ada yang tak kena atau juga kanak-kanak ini tidak dilatih agar lebih beradab ketika bermain.
Justeru ingin saya kongsikan pula sedikit ilmu tentang adab bermain agar kita semua dapat hidup dengan lebih bertolak ansur antara satu dengan yang lain.
 
  
    1. ADAB SEBELUM BERMAIN
  • Bersalam-salaman.
  • Memahami peraturan permainan.
  • Pilih tempat yang sesuai.
  • Pastikan alat permainan selamat.
      2. ADAB SEMASA BERMAIN
  • Berkerjasama.
  • Mengawal emosi.
  • Menutup aurat.
  • Bersemangat kesukananan  
  •  
  • 3. ADAB SELEPAS BERMAIN
  • Menerima keputusan pengadilan.
  • Tidak berdendam
  • Bermaaf-maafan.
  • Menyimpan alat permainan.
       4. HIKMAH BERADAB KETIKA BERMAIN
  • Dapat menambah kenalan.
  • Melatih disiplin.
  • Mengeratkan hubungan.
  • Melahirkan sifat sabar.
  • Menyayangi peralatan permainan.
  • Memupuk sikap kerjasama dan toleransi.


                                                                             

2 comments:

  1. Terima kasih diatas perkongsian ilmu. Semoga dapat memberi manfaat buat kita, anak2 dan pemain2 di luar sana.

    ReplyDelete
  2. Tq atas info di atas😍

    ReplyDelete