MAHALNYA NILAI WAKTU

"Sahabat, Banyakkanlah membaca Al-Quran. Janganlah terlalu memikirkan waktu kita yang sibuk. Sesungguhnya, bukan kita yang atur waktu, tapi Allah"

Monday, 9 November 2015

ADAB KETIKA BERHIAS DIRI

Dewasa ini,.. Hiasan bagaikan 'priority' dalam setiap masyarakat..Namun,hiasan kini telah disalahgunakan..Ya rasulullah juga sangat mementingkan hiasan dan penampilan diri, baginda sering membawa beg kecil dimana mengandungi kayu sugi,sikat dan sebagainya... baginda bagaikan 'role model' bagi seluruh umat nabi Muhammad ..Namun baginda tidak berlebih-lebihan dalam berhias.. Oleh itu kita mestilah menghargai dan menjaga penampilan diri kerana penampilan bagaikan satu kayu ukur terhadap orang lain tentang persenoliti dan akhlak diri.

1.         Adab-adab berhias diri:

(a)    menggalakkan amalan mandi;
(b)   bersugi atau mengosok gigi;
(c)    menyikat rambut;
(d)   memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan bulu ari-ari;
(e)    menghias muka;
(f)    cara berpakaian yang sesuai dengan kehendak syarak.

2.         Tujuan berhias diri:

(a)    selaras dengan fitrah manusia;
(b)   menzahirkan nikmat Allah SWT;
(c)    mensyukuri nikmat Allah SWT.

3.         Amalan berhias diri yang dilarang:

(a)    memakai emas dan sutera tulen bagi lelaki;
(b)   berpakaian yang berlawanan jantina;
(c)    menyambung rambut;
(d)   membuat tatu di badan;
(e)    pembedahan anggota untuk kecantikan.

4.         Akibat tidak berhias diri:

(a)    dibenci oleh Allah SWT kerana pengotor;
(b)   mudah dijangkiti penyakit;
(c)    maruah diri, keluarga dan agama akan tercemar;
(d)   kehidupan resah dan tidak tenang.


https://www.instagram.com/arifzaqwan/

4 comments:

  1. Terima kasih..ilmu yang bermanfaat..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih..ilmu yang bermanfaat..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... satu perkongsian yang menarik untuk dibaca dan diamalkan.

    ReplyDelete